Saturday, March 1, 2008

paris part 1

sebelum ni, gua tak pernah pun terfikir untuk merantau sejauh ni. kalau ada pun, angan-angan kosong je le. ingat, my dream vacation hanyalah vietnam dan negara-negara di sekitarnya. time gua dapat job offer ni pun, gua tak berapa mengharap sangat untuk dihantar ke sini. sebabnya, banyak je multinational software company yang ada kat malaysia tu tapi jarang-jarang pulak mereka nak hantar new employee mereka training di hq. tapi apa pun gua bersyukur. gaji gua mungkin tak semasyuk kawan-kawan yang lain tapi gua rasa kalau orang yang style macam gua ni (asek nak makaaaaan sedaaap je), gaji banyak mana pun belum tentu gua dapat save untuk pegi europe. kalau sambung belajar tu lain cerita la kan? tapi cerita sambung belajar kita tolak tepi dulu. yang penting, gua da sampai sini tanpa perlu kumpul duit 10 tahun. :P

macam yang kowang da dapat hidu, gua da sampai paris (akhirnya...). macam mimpi.. pukul 7 am, colleagues gua da tekan door bell suruh turun cepat-cepat sebab kami nak catch train yang paling awal. cuaca pagi tu windy tapi langit takde pulak menunjukkan sebarang tanda nak hujan. perut lapar gile sebab tak breakfast. cafe apapun tak bukak lagi.

sampai dekat brussels midi, kawan-kawan brussels tak sampai lagi. lepas beli air ngan roti kat panos, kami gerak ke thalys information counter sebab nak inquire ticket price for the next trip (jeng!jeng! jeng!). orang dekat counter tu suruh tanya orang dekat travel centre pulak. kat sana kena amik nombor. tak tunggu lama pun, tapi bila sampai kat kaunter dia kata kami da silap tempat untuk tanya. dia soh pegi kaunter information belah hujung. sib baik tak payah amik nombor. tanya punya tanya, ada la dua seat untuk smileys price. maksudnya, murah sangat la berbanding normal price. maknanya oleh kerana sbb ada 2 seat je yang tinggal, the rest kena bayar normal price untuk bawah 26 jugak le.

kami pun pegi balik ke kaunter tadi sebab nak grab tiket smileys tu sebelum terlambat. sampai kat kaunter, minah jual tiket tu plak gaknye lemah betul englishnya. orang kata nak tanya berapa banyak smiley tiket yg ada dia tanya berapa tiket kitowang nak. kitowang tanya berapa tiket smiley yang ada, dia tanya kitowang nak beli tiket berapa banyak. tak paham-paham. alih-alih nak marah-marah kitowang pulak. last-last satu tiket pun tak beli sebab kitowang decide nak beli kat leuven je nanti. oleh sebab hati dah terbakar, kami pun blah cepat-cepat dari travel centre tu. suwey betul, pagi-pagi dah kena marah.

lepas kawan-kawan brussels sampai, kami pun gerak naik ke platform untuk tunggu train. oh ya, ahli rombongan ke paris ni terdiri daripada, en zul selaku ketua rombongan merangkap pembaca peta, en lee selaku ajk security, en mike selaku pembaca map metro, en marwan selaku pembawa bekal nasik, mat, jess, brenda dan gua. time naik ke platform, train dah sampai tapi ada sket delay. yang bestnya, bila tanya kat keje ketapi tu, dia boleh selamba je cakap french ngan kitowang. ternganga dengar. rupa-rupanya, ada part of the coachs yang tak sampai lagi dari amsterdam. ketapi yang kitowang naik thalys namanya and with this train, kita bley sampai paris dlm masa sejam lebih sikiiiit je sebab memang laju.

ada sekali gua sampai terhantuk kat tingkap sebab terkejut time dia selisih ngan ketapi laju yang lain. view sepanjang perjalanan takde apa sangat nak diceritakan sebab lalu kat countryside, ada meadow yang menghijau, pastu kat satu tempat tu gua ada nampak windfarm. busan tak busan, sib baik ada mp4 ija bole jugak gua layan rilo kiley sambil melayan perasaan excited.

sampai kat gare du nord station dalam pukul 10 lebih. perkara pertama gua buat bila sampai mesti la amik gambar ngan kepala ketapi thalys ni kan. hehe! hati memang excited. senyum je pagi-pagi tu.ni adalah station gare du nord tu. op op, bukan yang dalam citer amelie ok?

ni pulak adalah basikal untuk disewa. ada berani?

kami bergerak dari gare du nord untuk mencari hotel penginapan kami yang telah dibook. punya la payah nak mencari. nak-nak bangunan dia semua sama je. hotel yang gua tinggal tu nama dia de paris. hotel budget je. yang jadi frontman, wanita kulit hitam yang tersangat la kerek takmau cakap english. oleh kerana time untuk check in lewat lagi, kitowang letak beg dulu dan pegi cari hotel untuk dak-dak laki plak. nama hotel tu altona.

lepas sesat barat, maka sampai le kami ke hotel tu. dekat pintu dah tergantung sign no vacancy. tapi sebab kitowang dah book, dengan konfidennya kitowang pegi kat frontman cakap nak check in. muka dia punya terkejut. episod tragis kisah hotel pun bermula. katanya, travel agency yang uruskan booking hotel kitowang tu tak forwardkan dekat dia booking kami. lepas en lee kautim apa tah ngan mamat frontdesk tu, dia pun tukarkan hotel budak-budak ni ke hotel lain. hotel baru ni jauh sket dari hotel kitowang. tempatnya macam style lorong haji taib pun ada.

hotel ni star dia macam nak taknak je ada. aku tak tengok le keadaan bilik tapi dengar citer diowang, tangga nak naik atas tu bole tahan berdebar le. memang tragis. untuk mengelakkan berlakunya perkara yg sama kat hotel dak-dak pompuan, kami terus gerak balik ke hotel de paris. minah kulit hitam tu still lagi kat front desk.

she refused to speak english and we refused to leave until we got the confirmation. maunye tak, sapa nak tido tepi jalan malam kang beb! time tunggu tu, kitowang siap boleh makan nasik yang dibawa oleh gang brussels. bawak bekal nasik tu poit pegi paris. perut pulak tengah lapar, habis licin semua. lepas makan, kitowang memang tak boleh tunggu dah. check in tak check in we gamble our luck and hit the road again.

untuk mengeksplore bandar paris ni, adalah crucial untuk kami membeli tiket metro. metro ni macam lrt la. cumanya, metro kat paris ni memang berselirat. kalau duduk paris gua rasa tak payah risau-risau nak beli kereta. memang efficient gile public transportation dia. pass untuk 2 hari berharga 11.20 euro. tiket dia tu alahai...kecik gile. gua ni dah la pelalai, main sumbat masuk poket je.
dengan terbelinya tiket metro ni...maka, bermulalah pengembaraan 8 enthusiastic travellers from malaysia yang dah kenyang makan nasik...di paris!

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home