Saturday, February 9, 2008

antwerp part 2

ok...ni antara gambar-gambar gua time gi antwerp. anak omputeh kat bawah ni tah camne nak pulak dia dok sekali ngan gua time kat grote market. comel tak kami? :P kat batu belakang tu ada brabo fountain yang dibina pada tahun 1887 sempena nama seorang roman warrior yang menjadi penyumbang nama antwerp ni. menurut legend tu, mamat brabo ni berjaya membunuh giant yang dok asek pau any shipmaster yang nak lalu kat sungai scheldt. lepas dia bunuh giant tu dia pegi potong lak tangan giant tu dan campak dalam sungai. aksi campak tangan (hand werpern) ni la mencetuskan nama antwerp.

yang ni pulak statues kat salah sebuah church yang terkenal kat town antwerp ni, onze lieve vrowkathedraal. church ni adalah church yang mempunyai senibina gothic yang tercantik dan terbesar di belgium. budak-budak gothic yang selalu melepak kat times square tu sila melawat belgium baru boleh jadi budak gothic, ok? church ni mengam bil masa almost 169 tahun untuk disiapkan. siyes cool gile architecture dia. berbalik pada gambar ni, yang pegang bunga tu bukan one of the statues ok, tapi street artist yang akan nyanyi bila kowang campak duit dalam bekas kat depan dia tu. bila dia nyanyi kat gua, terus gua high kejap. bukan senang nak ada orang nyanyi-nyanyi kat gua.

yang ni plak gambar gua tengah interview kakak yang dok asek bagi pigeons tu makan roti. jinak-jinak belaka. member gua bila campak roti sebuku, berebut-rebut dia datang.

ni salah sebuah tembok yang penuh ngan grafitti. ni sebenarnya tak termasuk dalam walking tour yang ada dalam buku hikmat gua tapi terjumpa lepas merayau-rayau takde tujuan kat lorong;-lorong situ. yang mamat pakai baju itam tu bukan orang belgium, okeh. kajang mari.

haaaa, ni la sungai yang gua cakap tu. yang macam castle tu restoran. kat tepi sungai ni ramai gile orang dok lepak-lepak sebab hari tu matahari bersinar dengan amat terang sekali.

kat bawah ni gambar nelayan yang sedang melabuhkan sauh kapalnya di tengah-tengah kota antwerp. tatau la apa nak jadi budak-budak zaman skang.

haaa...ni la the famous belgian tapestry. ada sesapa nak order? gua memang takkan beli le sebab tak sesuai langsung ngan jiwa gua. gua tau, mak gua pun tak minat bebenda camni. eh ye ke? ke mama nak along beli ma? nak nak?

tengah-tengah jalan kat meirs tu tetiba nampak tangan gergasi. bole tak perasan jadi thumbelina kejap? ok ok tak... :P

ni on the way nak ke town center dari train station. siyes ramai gila manusia kat sini. macam ada pesta.

amacam? ada bakat jadi jadi pengakap tua? gua dari tatau baca map skang da pandai baca map da poit.
ni la entrance stesyen ketapi kat antwerp tu. gah kan? kat dalam dia macam biasa-biasa je tapi bertingkat-tingkat. floor paling atas untuk thalys train tapi yang kat bawah-bawah tu train biasa je kut? gua pun kurang periksa.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home