Saturday, February 9, 2008

antwerp part 2

ok...ni antara gambar-gambar gua time gi antwerp. anak omputeh kat bawah ni tah camne nak pulak dia dok sekali ngan gua time kat grote market. comel tak kami? :P kat batu belakang tu ada brabo fountain yang dibina pada tahun 1887 sempena nama seorang roman warrior yang menjadi penyumbang nama antwerp ni. menurut legend tu, mamat brabo ni berjaya membunuh giant yang dok asek pau any shipmaster yang nak lalu kat sungai scheldt. lepas dia bunuh giant tu dia pegi potong lak tangan giant tu dan campak dalam sungai. aksi campak tangan (hand werpern) ni la mencetuskan nama antwerp.

yang ni pulak statues kat salah sebuah church yang terkenal kat town antwerp ni, onze lieve vrowkathedraal. church ni adalah church yang mempunyai senibina gothic yang tercantik dan terbesar di belgium. budak-budak gothic yang selalu melepak kat times square tu sila melawat belgium baru boleh jadi budak gothic, ok? church ni mengam bil masa almost 169 tahun untuk disiapkan. siyes cool gile architecture dia. berbalik pada gambar ni, yang pegang bunga tu bukan one of the statues ok, tapi street artist yang akan nyanyi bila kowang campak duit dalam bekas kat depan dia tu. bila dia nyanyi kat gua, terus gua high kejap. bukan senang nak ada orang nyanyi-nyanyi kat gua.

yang ni plak gambar gua tengah interview kakak yang dok asek bagi pigeons tu makan roti. jinak-jinak belaka. member gua bila campak roti sebuku, berebut-rebut dia datang.

ni salah sebuah tembok yang penuh ngan grafitti. ni sebenarnya tak termasuk dalam walking tour yang ada dalam buku hikmat gua tapi terjumpa lepas merayau-rayau takde tujuan kat lorong;-lorong situ. yang mamat pakai baju itam tu bukan orang belgium, okeh. kajang mari.

haaaa, ni la sungai yang gua cakap tu. yang macam castle tu restoran. kat tepi sungai ni ramai gile orang dok lepak-lepak sebab hari tu matahari bersinar dengan amat terang sekali.

kat bawah ni gambar nelayan yang sedang melabuhkan sauh kapalnya di tengah-tengah kota antwerp. tatau la apa nak jadi budak-budak zaman skang.

haaa...ni la the famous belgian tapestry. ada sesapa nak order? gua memang takkan beli le sebab tak sesuai langsung ngan jiwa gua. gua tau, mak gua pun tak minat bebenda camni. eh ye ke? ke mama nak along beli ma? nak nak?

tengah-tengah jalan kat meirs tu tetiba nampak tangan gergasi. bole tak perasan jadi thumbelina kejap? ok ok tak... :P

ni on the way nak ke town center dari train station. siyes ramai gila manusia kat sini. macam ada pesta.

amacam? ada bakat jadi jadi pengakap tua? gua dari tatau baca map skang da pandai baca map da poit.
ni la entrance stesyen ketapi kat antwerp tu. gah kan? kat dalam dia macam biasa-biasa je tapi bertingkat-tingkat. floor paling atas untuk thalys train tapi yang kat bawah-bawah tu train biasa je kut? gua pun kurang periksa.

Labels: ,

antwerp part 1

this trip to antwerp was the first trip yang mana gua menggunakan buku lonely planet belgium and luxemburg yang da agak outdated. plan awalnya nak pegi ramai-ramai tapi bila dah last minute, masing-masing ada hal sendiri dan takkan gua nak bazirkan weekend gua dengan dok rumah, tengok tv atau membuta, kan? so, gua came out ngan plan gua sendiri untuk ke antwerp. sib baik gua ada member yang pun taknak weekendnya dibazirkan dengan aktiviti merenung siling apartment baru dia.

cam biasa, sabtu tu gua bangun agak lambat (habit dari malaysia yang liat nak dibuang).lepas breakfast ala kadar, gua gerak pegi train station. ada la dalam 15 minit jalan kaki..sib baik sejuk kalau tak mau berpeluh gak ketiak. yang best kat sini, tiket dia valid untuk dua hari kalau kita mintak tiket untuk return trip and weekend tiket dia murah berbanding tiket hari biasa. ke komuter pun gitu? kena cekidut juga balik mesia ni. dlm train, gua duduk sebelah makcik ni. dia pun nak ke brussel. actually kalau nak ke antwerp ada je train straight dari leuven tapi sebab member gua ni pun tak pnah ke antwerp adalah lebih mujarab kalau gua ke brussels pastu figure out camne nak ke antwerp dr sana.

dalam train, gua dapat sms dari member gua ni kata station brussel central tutup sejam sebab ada bomb alert..dan-dan tu jugak ada announcement dalam train mengatakan train tak stop kat centraal dan sesapa nak ke central kene turun kat brussel nord (translation dari makcik tu le, gua mana paham dutch ngan french). gua punya la panik. mana gua tau nak pegi central dari situ. yang gua tau, gua kena benti kat central gak camne-camne pun. sib baik makcik tu baik ati soh gua follow dia gak pepehal pun. dia sanggup teman gua jalan kaki pegi central kalau takde train lain. gempak juga budi pekerti orang sini. terharu gua. Alhamdulillah. sampai-sampai kat nord, tetengok ada train lain yang akan bawak passanger pegi central. makcik tu teman sampai gua jumpa member gua. yang gua sempat tanya dia, nama dia beth lewis (adakah kakak jenny lewis?), dia g brussel sebab nak book trip ke peru, dia dah pencen, dia da pegi vietnam and absolutely looking forwad to come to malaysia. huhu!

so berbalik pada trip ke antwerp...tiket dr brussel, 7 euro pegi balik. masa perjalanan tak berapa nak ingat tapi lebih kurang sengah jam. kiranya gerak dlm kol 11 lebih sampai dalam kol 12. dia punya station bapak cantik dan bapak besar. bertingkat2..dan of course la menggabungkan senibina lama dan baru.

entrance dia pun sikit punya grand. gua pun bukak la buku lonely planet gua. since main interest gua towards belgium ni is totally on their architecture (ok ok..coklat jugak laaa), so nafsu membeli gua tak berapa nak ada eventhough antwerp ni dikenali sebagai orang belgium punya shopping district. kiranya kalau orang yang shoppaholic, kalu datang belgium mesti pegi antwerp la. nak nak time sale..mesti rambang mata. memandangkan gua x gila shopping so gua wat tak nampak je la ngan butik2 tu semua..haha!

lagi satu, antwerp ni famous gile dengan diamond. menurut kata manager gua, pusat diamond kat europe ni adalah antwerp la. diamond2 yang datang dr seluruh dunia diproses, di design kat sini. siap dapat certificate tu kalau beli. tapi bukan la nak kata, diamond paling kecik pun paling murah dekat 200 euro..tu pun design simple gile macam nak taknak design je.antara tempat2 yang gua sempat pegi adalah grote market dia, groenplaats, handschoenmarkt dan tetepi sungai dia. untuk ke grote market ni dari train station, gua kena jalan lama jugak.

lalu kat miers... kiri kanan bangunan lama-lama yang dalam tu dah renovate untuk jadi butik-butik dan restaurants tapi exterior of gothic and baroque achitecture pada building tu dikekalkan. just for the info, antwerp ni adalah hometown kepada pieter paul rubens, one of famous baroque artist. seriously gua pun tak kenal, huahaha! mungkin dak2 yang amik architecture tau le kut...gua ni architect wannabe yang gagal je. dkt antwerp ni ada macam port tak port la...sungai dia dalam gile gamaknya sebab ship besar2 pun boleh lalu..kat tepi tu ada maritime museum. free je tapi gua lagi interested nak tengok the real ship. nearby this area ada red district light. eh, manader sempat pegi. kowang ingat gua teruja sangat ke nak tengok awek2 dalam cermin tu? hish hish!

jalan-jalan keliling town dia..sesat2 sket..makan sudah, hari pun da malam...kitowang gerak balik brussel. nak dijadikan citer, train balik tu benti kat brussel nord je. gua panik sekali lagi sebab mana gua reti nak naik2 tren kat stesen tak familiar ni. sib baik ada train lain menghala ke leuven sbb member gua bley balik naik metro je ke apartment dia dr situ. train yang gua naik ni plak bley pegi airport dulu baru patah balik pegi town gua. hish... pelik-pelik betul journey gua hari tu. thrill gile travel sowang...tapi thats how i like it..the less the better, eh?

Labels: ,