brussels: mini europe, grand place
memandangkan sejak dari first visit lagi kami dah kempunan nak membelasah seafood kat brussels, weekend yang ini kami pun menunaikan hajat di hati.

street ni memang penuh dengan restoran dan cafe yang menjual pelbagai jenis seafood dari lobster sampai le ke segala jenis siput.

aku makan paela seafood. ada kawan kata dia letak wine dalam ni tapi sebab aku tak tau, aku pun best je la order. dah jadi taik pun dah ha...

kenyang. puas hati dan lagi best bila waiter tu cakap our drinks are on the haus. tatau apasal, tapi gua puas hati gile. lepas makan seafood, pegi pulak mini europe sebab taman tu dah bukak akhirnya. gambar kat bawah ni adalah relika bagi europian union punya hq.

seperti mana yang penah diceritakan dulu, mini europe hanya dibuka kembali dalam pertengahan bulan mac. so gua kembali ke brussels untuk menikmati apa benda jadah yang hype sangat dengan mini europe ni. syiok la sebab miniature yang ada kat situ memang real. bayangkan macam mana dia resize bangunan-bangunan tu dengan scale 1:25. ada yang handcrafted dengan material yang bermacam-macam. sebab gua tak sempat mengembara satu europe, i am quite fascinated with all the replicas.

ni pulak replica bath..menatang apa bath tu? cuba baca kat
sini. yang dalam gambar ni adalah the circus, which consists of three long, curved terraces designed by the elder John Wood to form a circular space or theatre intended for civic functions and games.

gua suka gile eric johnson main lagu cliff of dover. dan kat atas ni pulak adalah replica castle on white cliff of dover..

replika-replika yang ada tu dilengkapi dengan lagu kebangsaan negara-negara berkenaan di samping ada la scene-scene yang digerakkan oleh machine. sebagai contoh, berlin wall yang mana ada scene tembok berkenaan dipecahkan dengan buldozer and all. tapi satu je la, nak tangkap gambar payah sebab ada je orang lalu lalang kat belakang, tak jadi la gua nak jadi gergasi kan?

yang ini, tembok berlin. siap ada jentolak yang kalau kita tekan button tu bergerak dan memecahkan blok-blok tembok tu. cute je...
lepas abis round mini europe, kami terus berkejar-kejar naik metro menuju ke central station balik untuk membeli coklat untuk di bawa pulang ke malaysia..

cantik gile deco display kedai-kedai coklat ni. harga? ada yang mahal ada yang murah. tengok quality dan kat mana kita beli. heheh! kalau nak belasah neuhaus ke godiva ke, pandai-pandai la fork out you money lebih sikit kan? nak murah beli le style leonidas ke apa ke..tapi rasa dan design ni kureng sikit la kut?

ni tak payah nak elaborate panjang la kan. masalahnya, macam nak tercabut tangan masing-masing membeli belah. gua sempat beli lacey stuff untuk mak gua kat salah satu kedai lace kat situ.

balik dari brussels ni, nak dijadikan cerita pulak, kitowang salah amik train. cam cilaker, train tu pegi airport tapi tak pegi leuven. rupa-rupanya kami naik train yang lebih awal dari trains ebenar. apa lagi, kena la tunggu dekat 15 minit kat airport sebelum train sebenar sampai. hehe!
Labels: belgium, brussels, food
gouvy
since our arrival, we have been told that winter in belgium doesn't usually snow especially in flander's part. gua pun dah takde la simpan angan-angan nak tengok snow sebab makin lama winter pun dah nak berakhir. tapi dah dekat minggu kitowang nak balik tu, one of our manager informed us that the weather forecast said during that weekend snow akan turun lebat dekat few part dalam wallonia region dan bersempadan dengan grand duchy of luxembourg.

so during that last weekend, gua ngan rakan-rakan lain terus le pack our bag and grab the ticket to gouvy, the place where it said famous with its langlauf skiing site. bukan nak ski pun, saja nak jadi sakai tengok snow. semua kami pun mana penah tengok snow tu yang teruja macam nak gile bila dengar snow turun sampai sanggup spent 2 hours dalam train semata-mata nak main snow.

sepanjang perjalanan, mata dijamu dengan pemandangan countryside yang menghijau dengan ladang-ladang luas, terus teringat buku cerita enyd blyton untuk kesekiankalinya. tapi bila sampai dekat satu part tu, landskap dia berubah sket-sket. dari hijau pegi putih sket pastu putih lebih sket dan seterusnya putihhhh je.

some of the train route we took to gouvy ni adalah route yang sama kami ambil time nak ke koln dulu. cuma kami stop kat liege dan tukar train lain untuk ke gouvy. memang cantik la this part sebab still banyak lagi hutan-hutan. sungai-sungai yang mengalir menambah lagi kecantikan pemandangan sepanjang perjalanan.

tak terasa langsung kena berdiri halfway to there sebab mata asek tengok luar.

ladang-ladang dengan salji yang memutih..

sampai-sampai je kat gouvy, kami terus pegi information office dia dan diberitahu site yang paling dekat dengan town tu tutup pulak sebab snow tak cukup tebal tapi kalau nak langlauf jugak, bole pegi kat tempat yang jauh sket. semua pakat tamau dan just nak main snow dekat dekat situ je.

ni first stop kami lepas belasah hot coffee kat satu-satunya cafe yang bukak pagi tu. tanpa memeprdulikan salji yang turun, kami terus menongkah arus untuk mencari port yang sesuai untuk bermain salji..

orang gile tengah buat snow fairy!

anak mat saleh tengah main snow...cubaan kami untuk membuat snowman gagal sebab snowman kami kecik je. tangan dah beku..tingginya tidak! harap-harap ni bukan pengalaman terakhir gua bermain snow...

Labels: belgium, gouvy
ghent part 2
okeh, gua nak sambung citer pasal ghent. seperti mana yang gua da cerita dalam post yang lepas, sebelum sampai ke gravensteen, kitowang menyusur tebing canal dan lorong sempit di patershol.

tempat ni tak la scenic gile macam brugge tapi pada aku aku suka.

kat tepi tebing canal ni ada banyak orang lepak-lepak. ada street artist main muzik. ada 3 orang tourists dari malaysia tengah tersengih...macam-macam!

haa... yang kat belakang jessica tu adalah fish market. kalu perati betul-betul, statue yang kat atas bangunan tu adalah neptune, the king of sea. dua lagi status kat belah kiri ngan kanan tu menggambarkan 2 batang sungai yang mengalir di ghent, the Scheldt river and the Leie river.tempat tu tutup sebab dalam proses pemuliharaan so kitowang dapat tengok luar je.
haaa...ni la gravensteen yang gua war-warkan tu.. maksud gua, bangunan blakang gua ngan jessica. gua dah cerita kan pasal gravensteen dalam previous post? so enjoy the photo dulu ok?
ada macam dalam dungeon and dragon tak?
bila nampak baju besi ni gua teringat cerita enyd blyton, siri 5 sekawan yang da ditranslate ke dalam bahasa melayu. tajuk dia misteri menara penunggu. hehe!
tengok la pedang dia...sama tinggi dengan si brenda! eh, lagi tinggi pedang dari brenda!
ni kat puncak dia...gaknye dulu dulu tempat diowang practice main sword ke ha?
ni pulak one of the manequin yang menggambarkan salah satu hukuman di zaman medieval dulu. aku rasa askar jepun ada wat benda yang sama kat tanah melayu dulu.
ni pulak gambar kitowang tengah posing atas tembok kat garden gravensteen ni.
okay, lepas gravensteen tu kami menyusur balik the previous path we took and when it comes to a junction, gua nampak papan tanda yang menunjukkan ada begijngof kat area tu. terus gua teringat begijnhof yang ada kat brugge. cari punya cari, tak jumpa so kami pun decided untuk balik. sayang betul rasanya sebab bejinhof kat sini pun antara begijnhof yang diprotect oleh unesco dan of course la scenerynya sangat cantik.
jalan nak balik ni agak jauh sebab ni first time masing-masing datang ghent. and the only guide yang ada adalah the outdated lonely planet book as well as self instinct. tanya-tanya orang, last-last sampai jugak ke st micheal bridge.
paused sekejap atas jambatan for another snappo session! x boleh nampak langsung ruang untuk tangkap gambar..ada je masing-masing nak menyengih!
after reaching the town center, we just followed our previous trail to make things less complicated and reached the station before the next train to leuven. just in time! naik-naik kat dalam train tu, takde pulak seat yang kosong. kaki da macam nak patah time tu. kalau suruh duduk atas lantai pun ada yang sanggup gamaknya.
kami pun jalan dari satu coach ke coach yang lain. dan terjumpa la satu gerabak yang ada plenty of seat. gerabak 1st class. haha! tiket yang kami beli ni hanyalah untuk 2nd class tapi masing masing wat kering je duduk. takde apa yang beza sangat cuma untuk 1st class ada disediakan drinks and maybe some snacks. seat dia pulak lebih comfy, wider dan ada hand rest kat tengah-tengah.
tak lama pastu, tukang check tiket pun datang. dia macam tau-tau je kitowang takde tiket 1st class, terus je dia wat announcement sapa takde tiket 1st class sila-sila angkat bontot dari gerabak 1st class dalam masa 2 minit kalau tak extra charge akan dikenakan. apa lagi...berkeneneng le masing-masing angkat beg. hehe!
kawan-kawan brussels stop kat midi while the rest of us meneruskan perjalanan ke leuven...
Labels: belgium, ghent
ghent part 1
adik gua bising, dia bosan tengok gua pakai jaket coklat gua dalam tiap-tiap gambar. gua buat tak tau je. sebab gua bukan orang yang suka bergaya jadi kebosanan adik gua tu tak jadi kudis pun yang gua nak risau-risau. :P
so sabtu lepas akhirnya gua dapat jugak ke ghent. and the best thing is, the trip is however not just consisted of two crazy travelers with outdated lonely planet book (like previous trips) but joined with some more friends of us! gambar kat atas ni adalah ladies in the group.
gua gerak dari leuven dengan 2 orang colleague gua yang lain, jess and brenda dalam pukul 8.30 gitu. train datang awal so after grabbed some brood from the nearby panos, we just jumped into the train. it took us almost 20 minutes to reach brussels. oh, kami kena pegi brussels dulu untuk collect our precious train tickets as well as the hotel vouchers for our up coming trip. excited gile gua bila dapat pegang bebenda tu sampai apapun orang travel agency tu cakap gua dengar tak dengar je. mana taknye beb, tempat tu memang gua nak pegi dari gua kecik-kecik dulu (tanpa influence eiffel i'm in love okeh?). and my dream almost come true.
so berbalik pada citer ghent ni. kos untuk train ticket dari brussels ke ghent adalah 8.40 euro pegi balik. masa perjalanan almost 45 minutes tapi rasa kejap je. route ketapi ke ghent ni almost the same as the route to brugge cuma brugge jauh lagi la... nama train station dia sint pieters. kalau tengok cari luar train station dia ni lawa la jugak tapi kat dalam dia banyak sangat refurbishment sampai tatau mana depan mana blakang. sori gambar tak terang sangat..baru art beb! :P
menurut statistik, ghent ni adalah bandar ketiga terpadat di belgium ni. and according to wikipedia, until the 13th century Ghent was the biggest city in Europe after Paris; it was bigger than London, Cologne or Moscow.[citation needed] Within the city walls lived up to 65,000 people. Today, the belfry and the towers of the Saint Bavo Cathedral and Saint Nicholas' Church are just a few examples of the skyline of the period. yeap, i am convinced. cuma masalahnya adalah town center ghent ni almost 2.5km from the train station. memang menggigil kaki berjalan jauh gile. actually ada tram ngan bus kalau nak mudah, tapi the experience is different if we go sightseeing by foot kan? so by foot we off.
kalau pegi kat brugge, along the way nak ke town centre tu kita akan nampak bangunan cantik-cantik je tapi berbeza plak ngan ghent ni. bangunan awal-awal tu biasa-biasa je. mungkin sebab tu ada colleague aku kata dia prefer ghent sebab town dia lebih real instead of brugge yang kita akan rasa macam berjalan dalam muzium. temperature hari tu boleh kata ok la tak sejuk tak panas. boleh berpeluh-peluh jugak la kan. mana taknye, 2.4km beb! sib baik ada fanta free. fanta yang aku suka pulak tu! best best.
da nak dekat sampai kat area korenmarkt tu aku dah nampak satu building yang cantik. rupa-rupanya, tu la the famous saint nicholas church. church ni penah terbakar dalam tahun 1120 ngan 1176 tapi dek sebab orang ghent ni sangat kaya, mereka boleh bina semula church yang lebih besar dan lebih cantik untuk menggantikan church mereka yang terbakar tu. menurut ghent official website, the style of Saint Nicholas is the so-called 'Scheldt Gothic Style'. it differs from the later Brabantine Gothic Style because of the use of the blue-gray stone from the Tournai area. benda pertama kami buat bila sampai kat town center adalah membelasah mc d. lapar gile walaupun aku da belasah chocolade muffin kat stockel. perut perlu diisi beb sebelum perjalanan diteruskan.
kat belakang mc d ni, ada jambatang yang terkenal di ghent, Saint Michael's bridge. kat tepi belah kiri jambatan ni ada St.Michael's church yang medieval sungguh architecturenya. batunya kasar-kasar, besar-besar pulak tu. dari atas jambatan ni, pemandangan 3 bangunan besar yang menjadi landmark utama bandar ghent ni menjadi lebih klasik la. macam zaman dolu-dolu except for the tram's cables. spectacular sangat!
pemandangan dari bawah saint micheal's bridge...kat tepi-tepi tu ada exhibition dan orang lepak-lepak.
dalam kepala otak aku tertanya-tanya gak, kenapa ada church yang dekat-dekat antara satu sama lain. sebab kat atas sikit je tadi ada saint nicholas pastu kat bawah jambatan tu ada saint micheal pulak.. nanti esok aku tanya bos aku.
berbalik pada walking tour kami tadi, bawah saint micheal bridge ni terletaknya graslei dan koornlei. graslei means 'street of the herbs and vegetables'. koornlei stands for 'street of the wheat'. both names indicate that these specific products where traded or stocked in that area. kat tepi-tepi canal ni ada cafe-cafe open air. tapi takde pulak sesapa ajak menyinggah. hehe! kalau tak mau je gua pekena hot chocolade secawe.
destinasi seterusnya adalah berjalan-jalan di sekitar patershol. in the middle-ages the patershol was the town-quarter of the trades and handicrafts. so bole tengok la museum of design kat situ, ada view yang mengadap canal dan kat seberang canal tu ada the old meat house. zaman dolu-dolu, butcher kat ghent ni jual hasil ternakan diowang kat situ le kutnya. tapi skang patershol ni d jadi macam mapley da..banyak eateries je kat situ.
kuar je dari lorong sempit patrehol ni..pusing kanan sket, da nampak gravensteen atau castle of the count. castle ni adalah satu-satunya yang survive sebab kebanyakan castle akan dimusnahkan bila counts depa pindah dari satu bandar ke satu bandar. nak masuk kena bayar 6.20 euro tapi sesapa bawah 26 bole dapat masuk dengan hanya 1.20 euro.
kebanyakan tempat dan facilities yang aku penah pegi atau guna memang memberi keistimewaan pada those who are 26 and below. dont ask me why tapi pada pandangan aku mungkin sebab kebanyakan tourists atau backpackers adalah youth jadi memang patutla keistimewaan tu diberi kepada kami.
yay! berbalik pada gravensteen ni, kat dalam tu ada macam-macam benda yang boleh ditengok. daripada senjata-senjata zaman dulu-dulu termasuk la baju besi, pedang-pedang, busur panah... dan tetiba gua terasa dalam citer dungeon and dragon pulak. especially bila tengok budak-budak skolah yang gaknye ada field trip ke gravensteen siap dengan baju askar zaman medieval dulu. pastu ada museum yang mempamerkan alat-alat torture zaman medieval dan stuff related to prison life zaman tu. ngeri wa cakap lu sebijik cam pameran tortura yang gua pegi kat shah alam dulu. siap ngan gilotin skali!
Labels: belgium, ghent
brussels: louise, egmont park, place de sablon..
ni gambar last saturday...disebabkan gua lambat bangun (again? gosh!), lambat sampai brussel, lambat selesaikan urusan book tiket untuk future trip (ngeh! ngeh! ngeh!)...so plan ke ghent terpaksa ditunda sebaliknya kami amik metro ke louise, another part of brussels.

teke ni statue sapa? a boy who never want to grow up...the tale that i like more than enyd blyton's bedtime stories..haha! we stumbled upon this park while walking along one deserted road that we don't really familiar and it was called egmont park since it is so near to palace de egmont. the park was nice with tall trees parading along the way and there were not many people since the weather was a bit cold that day.

so back to louise ni, member gua kata ala2 bukit bintang la...sebab butik2 terkemuka bersepah2 kat sini. tapi bukan la nak kata apa, butik lv kat bukit bintang pun lagi lawa dr yang kat sini. tak caya tengok gambar kat atas tu.

dari louis, kami jalan ke palais de justice yang tengah dalam proses pemuliharaan. memang bapak besar bangunan tu. menurut buku hikmat gua ni, senibina bangunan ni adalah berdasarkan ancient egyptian's temple. i can imagine that. bangunan ni atas bukit dan kat nearby the building ada macam platform for sightseeing ngan ada 2 lif purposely for people under the hill to come up the hill and vice versa.

kat bawah bukit ni adalah rue haute, street yang ada macam-macam kedai jual barang-barang antik, art gallery dan segala maknika bric-a-brac yang lain. naik atas sket dekat area sablon, ada satu park kecik yang ada fountain. park ni dikelilingi 48 small statues which depicting the medival guilds. nama park ni place du petit sablon. nice sangat.

sampai je kat museum of fine art, tempat tu da nak tutup. xde rejeki. lagipun museum tu besar gile, mebbe tak cukup masa kut kalau nak spent 2,3 jam kat dalam tu sebab dia pecah into 2 section. satu untuk ancient art, satu lagi untuk modern art. kat sekitar tu ada 2,3 museum lagi selain royal palace dengan satu park yang sangat nice nampak dr jauh tapi x sempat nak pegi. apa apa je la...yang penting, hari tu temperature jatuh 0 degrees. gile sejuk... dan gua plak x sabar2 nak balik umah!
Labels: belgium, brussels
antwerp part 2
ok...ni antara gambar-gambar gua time gi antwerp. anak omputeh kat bawah ni tah camne nak pulak dia dok sekali ngan gua time kat grote market. comel tak kami? :P kat batu belakang tu ada brabo fountain yang dibina pada tahun 1887 sempena nama seorang roman warrior yang menjadi penyumbang nama antwerp ni. menurut legend tu, mamat brabo ni berjaya membunuh giant yang dok asek pau any shipmaster yang nak lalu kat sungai scheldt. lepas dia bunuh giant tu dia pegi potong lak tangan giant tu dan campak dalam sungai. aksi campak tangan (hand werpern) ni la mencetuskan nama antwerp.

yang ni pulak statues kat salah sebuah church yang terkenal kat town antwerp ni, onze lieve vrowkathedraal. church ni adalah church yang mempunyai senibina gothic yang tercantik dan terbesar di belgium. budak-budak gothic yang selalu melepak kat times square tu sila melawat belgium baru boleh jadi budak gothic, ok? church ni mengam bil masa almost 169 tahun untuk disiapkan. siyes cool gile architecture dia. berbalik pada gambar ni, yang pegang bunga tu bukan one of the statues ok, tapi street artist yang akan nyanyi bila kowang campak duit dalam bekas kat depan dia tu. bila dia nyanyi kat gua, terus gua high kejap. bukan senang nak ada orang nyanyi-nyanyi kat gua.

yang ni plak gambar gua tengah interview kakak yang dok asek bagi pigeons tu makan roti. jinak-jinak belaka. member gua bila campak roti sebuku, berebut-rebut dia datang.

ni salah sebuah tembok yang penuh ngan grafitti. ni sebenarnya tak termasuk dalam walking tour yang ada dalam buku hikmat gua tapi terjumpa lepas merayau-rayau takde tujuan kat lorong;-lorong situ. yang mamat pakai baju itam tu bukan orang belgium, okeh. kajang mari.

haaaa, ni la sungai yang gua cakap tu. yang macam castle tu restoran. kat tepi sungai ni ramai gile orang dok lepak-lepak sebab hari tu matahari bersinar dengan amat terang sekali.

kat bawah ni gambar nelayan yang sedang melabuhkan sauh kapalnya di tengah-tengah kota antwerp. tatau la apa nak jadi budak-budak zaman skang.

haaa...ni la the famous belgian tapestry. ada sesapa nak order? gua memang takkan beli le sebab tak sesuai langsung ngan jiwa gua. gua tau, mak gua pun tak minat bebenda camni. eh ye ke? ke mama nak along beli ma? nak nak?

tengah-tengah jalan kat meirs tu tetiba nampak tangan gergasi. bole tak perasan jadi thumbelina kejap? ok ok tak... :P

ni on the way nak ke town center dari train station. siyes ramai gila manusia kat sini. macam ada pesta.

amacam? ada bakat jadi jadi pengakap tua? gua dari tatau baca map skang da pandai baca map da poit.

ni la entrance stesyen ketapi kat antwerp tu. gah kan? kat dalam dia macam biasa-biasa je tapi bertingkat-tingkat. floor paling atas untuk thalys train tapi yang kat bawah-bawah tu train biasa je kut? gua pun kurang periksa.
Labels: antwerp, belgium