Saturday, March 15, 2008

eau de cologne!

aha! skang gua nak citer pasal weekend trip gua ke cologne atau koln plak. koln ni adalah salah sebuah bandar di germany yang terkenal dengan dom cathedralnya dan dari bandar ni la cologne atau air wangi yang kita selalu pakai tu mendapat namanya. eau de cologne.

oleh kerana kitowang dapat tiket ketapi kol 6.59 am dari brussels midi, pukul 5.33 am dah kena catch train ke sana. time sampai kat stesen leuven tu, ada la 2,3 orang tengah tunggu train gak. lalat pun belum bangun time tu gamaknya.

sampai-sampai kat midi, kekawan brussels tak sampai lagi. aku dan awek-awek dari leuven yang lain pun lepak panos sambil belasah croissants. aku macam jadi addict ngan croissants pulak lepas makan kat paris dulu. crispy, hot croissants with moccachino. adeh! untuk ke cologne kali ni, ketapi laju yang kitowang amik namanya ice. lagi best dari thalys. seat dia comfy gile dan spacious sangat.

aku ngan awek-awek dari leuven dapat seat dekat cockpit sementara kekawan brussels plak dapat kat tengah-tengah badan ketapi. terpisah tapi boleh jalan-jalan melangok kat tempat diowang.
dalam kol 8 lebih tak silap aku, sampai lah kami ke koln. Cologne Hauptbanhof, nama stesen ketapi adalah antara stesen ketapi yang tersibuk di eropah tengah ni.

keluar dari station, mata masing-masing terus tertumpu ke arah satu bangunan berseni bina gothic yang sangat le tinggi. macam gotham city punya style pun ada, itu la dia koln dom.

pembinaan cathedral ni mengambil masa 6 kurun untuk disiapkan. gile lama. interior dia memang betul-betul dark nak nak dengan bumbung tinggi dia sekali ngan cermin-cermin tingkap dia yang berwarna-warni.

one of the highlights inside the dom is the Shrine of the Three Magi, which is entirely in gold. mampus gua tatau. rasa cam dh maleh nak melawan mata-mata mat saleh yang pelik tengok gua masuk cathedral diowang, gua pun blah je.

ni pulak adalah gate tinggalan zaman rom dulu. dalam kawasan gate tu ada macam sisa-sisa taman dia. macam pelik juga lokasi dia sebab kiri kanan bangunan moden tiba-tiba ada pulak tinggalan zaman dulu.

koln juga terkenal dengan gorillanya. eh eh, manader. gorilla kat gambar bawah ni adalah salah satu antara aneka barangan yang dijual di salah sebuah kedai arca yang terdapat di sepanjang shopping district di situ. shopping kat cologne ni memang heaven. barang-barang dia jauh lebih murah daripada belgium. tapi walau macam mana pun, gua tetap takde la shopping sangat sebab asek nak congak darab 5 je tetiap kali tengok harga.

rombongan cik kiah tak sah kalau tak singgah hard rock cafe. agenda wajib ni adalah angkara penghulu rombongan iaitu en. zul yang ingin memenuhi nafsu sekaligus hobi mengumpul t shirt hard rocknya. dan tak semena-mena gua kena peluk ngan maskot babi hutan. adakah aku kena samak gak?

fountain nearby the farina house. the house which is also a museum of one of the oldest cologne in the world. gua rasa dia punya bau lagi wangi daripada cologne 4711.

farina house ni ada jugak museum tapi sorang pun tanak layan tengok museum dia..hahah!
mamat kat atas ni adalah pemain organ yang yang bertugas di town hall bila ada wedding. da da da da daa da da da daa!
roman age pavement leads to Römisch-Germanisches Museum. gua tak masuk pun museum ni sebab dari luar nampak batu-batu zaman rom je. lagipun brad pitt mati dalam citer troy. err..ada kena mengena tak?

Hohenzollern Bridge is one of eight in Cologne to span the Rhine and certainly the most photographed. though it just a train bridge, but it also affords pedestrian traffic and makes a great circuit along with the Deutzer Bridge for an excellent photographic vantage point across the river. it was originally built in the early 1900s however it was not as lucky as the cathedral at escaping enemy bombing during ww2.

berbckgroundkan koln dom..

one of many quote yang terukir kat pavement dari dom ke koln bridge..

ni adalah antara protes yang berlangsung pada hari tu. tapi ni kecik punya protes. mengutuk kekejaman israel terhadap palestine.

ha ni pulak protes menentang penggunaan rfid terhadap manusia. "the big brother is watching you". seronok siut tengok diorang buat protest. dari nenek sampai la ke kanak-kanak kecik. ada open gig dan banyak stall yang bukak jual t shirt anti itu ini, against itu ini tapi satu pun gua tak beli. sebab gua dah abis duit beli t shirt hard rock cafe. huahahahah!!!

mendapat sambutan sungguh protes ni...

apatah dia tulis kat banner tu...yang gua paham stop rfid! je...

benda terakhir yang kami buat selepas pekena kopi secawan kat we will rock you lounge adalah naik cruise menyusuri rhine river.

teater hall we will rock you...
bergambar ngan statue freddy mercury yang bersalut emas...

kat atas cruise...
payung terjun...
pas abis shopping-shopping sket, kami pun balik. akibat berjalan terlalu banyak, kaki gua jadi kerepot macam yg gua tunjuk in previous entry. hehe!

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home