Tuesday, July 22, 2008

kuala selangor: kelip-kelip and seafood!

da lama sangat gua sebut-sebut nak pegi tengok kelip-kelip kat kuala selangor ni. tapi baru la sekarang tercapat hajat tu. kalau tak sebab boss gua yang rajin berjalan ni, gua rasa sampai sudah gua takkan sampai ke kampung kuantan.

perjalanan dari tol penchala ke kuala selangor ni takde la lama sangat. dalam sejam dah sampai sebab jalan dia xde simpang-simpang. cuma dekat area ijok le ada banyak corner baring tapi takde le sehatkor bukit putus, kuala pilah. sebelum enjoy kelip-kelip tu, fairin one of colleagues yang rumah dia dekat-dekat situ jugak bawak kami makan malam di sebuah restoran seafood. ikan-ikan dia memang fresh. harga? agak berpatutan dengan portion of food yang diberikan.

ni gambar sunset yang gua sempat snap sebelum membelasah makanan yang dihidangkan. cantik sangat view kat situ tapi pantai dia berlumpur le. jenis tempat orang cari siput kut. nama pantai tu adalah pantai jeram. jiran dia pantai remis.

selesai belasah seafood, kami pun bergerak ke rumah fairin untuk rehat-rehat sambil buat apa-apa yang patut. and at about 9 pm, kami pun bergerak ke kampung kuantan. kepada sesiapa yang tak penah sampai ke tempat ni, caj untuk masuk ke fireflies park ni adalah rm10. aku rasa memang patut pun kena bayar rm10 sebab untuk pergi ke rimbunan pokok berembang (habitat kelip-kelip ni) yang ada kat tebing sungai tu, kita kena naik sampan. sampan ni pulak didayung menggunakan kudrat manusia. so rm10 tu adalah untuk bayar penat lelah pakcik-pakcik yang penat mendayung kita hanya untuk melihat keindahan cahaya kelip-kelip tu.

cerita pasal kelip-kelip ni, gua pun dapat la beberapa fakta menarik dari pakcik yang jadi guide kami tu. kelip-kelip akan tetap mengeluarkan cahaya walaupun dia dah mati tapi dia tak akan berkelip lagi la. dan perbezaan antara kelip-kelip jantan dan betina ialah, kelip-kelip jantan flicker lebih kerap berbanding dengan kelip-kelip betina. something to do with attracting the female kinda stuff. kelip-kelip juga bertelur di atas tanah, so untuk menjumpai telurnya amat la susah tu pasai la payah nak biakkan binatang ni.

tempat tu memang worthy la kalau pegi. bukan setiap hari kita dapat tengok those tiny little torchs kan? bukan la maknanya kena pegi selalu, its more like once or twice in our lifetime punya experience. yela, sementara benda tu masih ada sebab sekarang pun development dah makin hampir dengan kawasan tu. who knows one day they just dissapear?

Labels: , ,

4 Comments:

At July 23, 2008 at 8:40 AM , Blogger nazir said...

takde plak amek gamba kelap kelip? guna kamera night vision la beb.

 
At July 28, 2008 at 5:05 AM , Blogger syik s. said...

night vision? ultra night vision pun x boleh nak capture...lu kena guna mata sendiri nak capture the moment beb!

 
At August 24, 2008 at 11:56 AM , Blogger zizou said...

nak tahu satu rahsia tak...
kalau kita bela kelip2 tu selama 10 tahun, kelip2 tu boleh bertukar jadi lampu kerete....
untung tu...haha

 
At September 12, 2008 at 10:59 PM , Blogger syik s. said...

hahah! ni memang kelentong sangat2 ni!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home