Sunday, March 22, 2009

london: amazing weekend trip - day 1

2 minggu sebelum gua sampai ke belgium, gua dah sound member gua si zul supaya grab mana-mana tiket eurostar yang paling murah untuk 2 orang ke london. sebabnya, untuk belgium's training trip kali ni gua dan brenda dah nekad untuk cuba menjelajah london berdua sebagai aktiviti hujung minggu kami.

pagi tu, kol 4.30 pagi gua dah ketuk pintu studio brenda. mana taknya, train pukul 6.59am and we have to reach brussels midi at least around 6.15am sebab takut terlewat jadi macam-macam hal pulak. better early la kan kalau tak biasa. lepas prepare bekalan makanan lebih kurang, pukul 5 kami naik train ke brussels midi. perjalanan dari guesthouse ke train station memang mencabar. sejuk, sleepy, ramai orang mabuk (saturday night beb, what do you expect?). nasib baik takde yang bertindak extreme. and seriously, in leuven you will feel totally safe even when you walk alone. sampai je brussels zuid, kami terus check in. we need to fill up some form and answers some random questions that the officers asked about our trip and thats it, off to london we go!

the journey took us exactly 2 hours to reach st pancreas international station. sampai-sampai je sana, terus melangak cari kaunter tiket untuk tube (ala menatang lrt atau metro tu le). kami beli daily travel card untuk zone 1 and 2. most of tourist attraction ada dalam kedua-dua zone tu dan hostel yang kami book pun ada dalam area tu. sangat convinient. 


dapat travel card, terus pegi hostel and check in. hostel yang kami book ni, antara yang termurah dalam hostelworld.com. gua takut juga kalau-kalau jadi macam cerita hostel, tapi Alhamdulillah semuanya baik. lepas settlekan bil untuk one night accomodation, kami pun naik la tengok tempat tido kami dengan niat nak simpan barang-barang dulu. masuk-masuk je dalam dorm tu,  pergh! sepah dia bukan main. ada 2 bunk bed, tapi 2 katil untuk kami tu penuh dengan baju. siapa tak mengamuk. lepas deal ngan budak yang punya baju, dia pun cakap la by the time kitowang balik nanti dia dah kemas bilik tu. kitowang pun dengan gembira letak barang dan memulakan penjelajahan kami. 

big ben 

nasib baik kitowang dah buat list malam semalamnya apa yang kitowang nak tengok hari ni. so, the list started with whatever spots that located near the westminster underground station. keluar-keluar dari perut bumi jer, big ben dah terpacak kat sebelah. for your information, Big Ben is part of the Palace of Westminster originally started in 1020. the palace was burnt down in 1834, so the Gothic architecture you see today is comparatively recent. the palace houses both of the the UK's ruling bodies, the Houses of Parliament and the House of Lords. dari westminster bridge tu, kita dah boleh tengok london eye. kami tak naik, tak mau buang masa. 

view from the bridge

brenda main talipon, dia kata booth tu bau kencing

dari westminster bridge kami terus ke arah whitehall. dalam perjalanan tu, kami melalui Cenotaph, salah sebuah monumen perang yang terdapat di London. Di sebelah kiri kami pula adalah Downing Street. This is where Houses of Parliament with other government agencies are located and this is where the Prime Minister of Britain lives and works at number 10, with his chancellor responsible for finance next door in number 11.  

gambar takde motif

cenotaph

monument for women of world war 2

as we past more government buildings including the Cabinet Office until we reached Horseguards. its so easy to spot because there will be invariably a crowd around the entrance, where two costumed soldiers on horseback offer a premier picture opportunity. hehe! according to our reading, many people find this location much more satisfying than the more famous Changing of the Guard at Buckingham Palace. here crowds are much, much smaller and you are much closer and get uninterupted close up pictures. seriously, we can nearly kiss the horse's butts there!

the horseguard

the guard with horse?

the charade of horseguards

horse butts during changing guard ceremony

gua tengah mengopi

cam-whoring!

we then continued our journey after cuppa coffee to the  famous Trafalgar Square. kat sini ada National Gallery. kami tak masuk pun, sekadar tumpang toilet je. lagipun, gua memang jahil seni. artwork project manager gua pun gua kata cantik walhal semua orang kata tah apa-apa je. mungkin kalau gua masuk gallery ni, gua boleh jadi gila.   

this look so familiar, doesnt it look similar to a place near concorde in paris?

jom makan, meh!

mana semua merpati???

si gemuk di trafalgar square

bendera berkibar di angkasa!

the famous london cab!

nak dijadikan cerita, boleh pulak terserempak dengan budak sekolah lama aku. wah wah, dia dah kawin dan dah ada sowang baby. keciknya dunia...hehe! tapi gua rasa gua memang selalu kena macam tu. jumpa orang yang tak disangka-sangka di tempat yang juga tidak disangka-sangka. 

sizuka dan anaknya, sizuki?

the picture above showing crowds waiting for the PM to go out. time tu escort dia semua dah ready. ado kami peduli? takdo.

next stop adalah The Tower of London dan Tower Bridge. keluar dari tube station tu je, dah ada banyak signboard dah yang menunjuk ke arah The Tower of London ni. for your info, The Tower of London is strategically placed to guard against possible enemies, most liable to approach London coming up the River Thames from the sea. kat sini juga anne boleyn kena pancung (kalau kowang tengok citer The Other Boleyn Girl la).

terowong ke arah tower of london

si anne yang cemburu

tower of london

bangunan yang macam telur kat belakang tu adalah bangunan The Gherkin owned by Swiss Re, second largest insurance company in the world. dan gambar kat bawah ni pula adalah garden yang mengelilingi Tower of London.

manakala Tower Bridge pula adalah jambatan yang dibina pada tahun 1894.we're not lucky i guesss, sebab during our visit bridge tu tak naik pun. bukan senang beb. kena tengok dia punya schedule juga. kat sini ada exhibition la. dia kasi kita jalan-jalan atas jambatan tu punya tower. tengok engine room. play with physics of the bridge dan macam-macam lagi. its worthy to go visit this exhibition sebab kalau compare pameran-pameran yang lain, boleh tahan juga mahalnya!

background: tower bridge

permandangan sungai thames yang keruh

dalam tower bridge

dari sini, kami buat handal jalan-jalan sendiri. konon-konon nak pegi london bridge by foot. actually memang boleh. tapi sebab map tu punya lah tak clear. kami pun sesat. mula-mula okay je. yelah petang sabtu kan. orang lain dok syiok tengok bola, kami macam orang gila cari jalan nak balik. lama-lama, tak jumpa juga masing-masing mula la nak marah je. kami amik keputusan untuk patah balik dan terus pegi picadilly circus. ah, tak payah cerita la apa kami buat kat sini. nak-nak lilywhite tengah sale, apa lagi. shopping le!

selesai, hari pun dah gelap. kaki dah kembang. perut dah lapar. sampai bayswater station, kami terus cari kedai makan orang morroco, belasah makan nasik lauk kari. bila balik hostel, bebudak dalam dorm takde (oh, ada coldplay dan elbow punya concert rupanya malam tu...) dan katil dah berkemas. lepas kemas lebih kurang, gua dan brenda pun dozed off. nyenyak betul tido ye.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home