brussels: mini europe, grand place
memandangkan sejak dari first visit lagi kami dah kempunan nak membelasah seafood kat brussels, weekend yang ini kami pun menunaikan hajat di hati.

street ni memang penuh dengan restoran dan cafe yang menjual pelbagai jenis seafood dari lobster sampai le ke segala jenis siput.

aku makan paela seafood. ada kawan kata dia letak wine dalam ni tapi sebab aku tak tau, aku pun best je la order. dah jadi taik pun dah ha...

kenyang. puas hati dan lagi best bila waiter tu cakap our drinks are on the haus. tatau apasal, tapi gua puas hati gile. lepas makan seafood, pegi pulak mini europe sebab taman tu dah bukak akhirnya. gambar kat bawah ni adalah relika bagi europian union punya hq.

seperti mana yang penah diceritakan dulu, mini europe hanya dibuka kembali dalam pertengahan bulan mac. so gua kembali ke brussels untuk menikmati apa benda jadah yang hype sangat dengan mini europe ni. syiok la sebab miniature yang ada kat situ memang real. bayangkan macam mana dia resize bangunan-bangunan tu dengan scale 1:25. ada yang handcrafted dengan material yang bermacam-macam. sebab gua tak sempat mengembara satu europe, i am quite fascinated with all the replicas.

ni pulak replica bath..menatang apa bath tu? cuba baca kat
sini. yang dalam gambar ni adalah the circus, which consists of three long, curved terraces designed by the elder John Wood to form a circular space or theatre intended for civic functions and games.

gua suka gile eric johnson main lagu cliff of dover. dan kat atas ni pulak adalah replica castle on white cliff of dover..

replika-replika yang ada tu dilengkapi dengan lagu kebangsaan negara-negara berkenaan di samping ada la scene-scene yang digerakkan oleh machine. sebagai contoh, berlin wall yang mana ada scene tembok berkenaan dipecahkan dengan buldozer and all. tapi satu je la, nak tangkap gambar payah sebab ada je orang lalu lalang kat belakang, tak jadi la gua nak jadi gergasi kan?

yang ini, tembok berlin. siap ada jentolak yang kalau kita tekan button tu bergerak dan memecahkan blok-blok tembok tu. cute je...
lepas abis round mini europe, kami terus berkejar-kejar naik metro menuju ke central station balik untuk membeli coklat untuk di bawa pulang ke malaysia..

cantik gile deco display kedai-kedai coklat ni. harga? ada yang mahal ada yang murah. tengok quality dan kat mana kita beli. heheh! kalau nak belasah neuhaus ke godiva ke, pandai-pandai la fork out you money lebih sikit kan? nak murah beli le style leonidas ke apa ke..tapi rasa dan design ni kureng sikit la kut?

ni tak payah nak elaborate panjang la kan. masalahnya, macam nak tercabut tangan masing-masing membeli belah. gua sempat beli lacey stuff untuk mak gua kat salah satu kedai lace kat situ.

balik dari brussels ni, nak dijadikan cerita pulak, kitowang salah amik train. cam cilaker, train tu pegi airport tapi tak pegi leuven. rupa-rupanya kami naik train yang lebih awal dari trains ebenar. apa lagi, kena la tunggu dekat 15 minit kat airport sebelum train sebenar sampai. hehe!
Labels: belgium, brussels, food
brussels: louise, egmont park, place de sablon..
ni gambar last saturday...disebabkan gua lambat bangun (again? gosh!), lambat sampai brussel, lambat selesaikan urusan book tiket untuk future trip (ngeh! ngeh! ngeh!)...so plan ke ghent terpaksa ditunda sebaliknya kami amik metro ke louise, another part of brussels.

teke ni statue sapa? a boy who never want to grow up...the tale that i like more than enyd blyton's bedtime stories..haha! we stumbled upon this park while walking along one deserted road that we don't really familiar and it was called egmont park since it is so near to palace de egmont. the park was nice with tall trees parading along the way and there were not many people since the weather was a bit cold that day.

so back to louise ni, member gua kata ala2 bukit bintang la...sebab butik2 terkemuka bersepah2 kat sini. tapi bukan la nak kata apa, butik lv kat bukit bintang pun lagi lawa dr yang kat sini. tak caya tengok gambar kat atas tu.

dari louis, kami jalan ke palais de justice yang tengah dalam proses pemuliharaan. memang bapak besar bangunan tu. menurut buku hikmat gua ni, senibina bangunan ni adalah berdasarkan ancient egyptian's temple. i can imagine that. bangunan ni atas bukit dan kat nearby the building ada macam platform for sightseeing ngan ada 2 lif purposely for people under the hill to come up the hill and vice versa.

kat bawah bukit ni adalah rue haute, street yang ada macam-macam kedai jual barang-barang antik, art gallery dan segala maknika bric-a-brac yang lain. naik atas sket dekat area sablon, ada satu park kecik yang ada fountain. park ni dikelilingi 48 small statues which depicting the medival guilds. nama park ni place du petit sablon. nice sangat.

sampai je kat museum of fine art, tempat tu da nak tutup. xde rejeki. lagipun museum tu besar gile, mebbe tak cukup masa kut kalau nak spent 2,3 jam kat dalam tu sebab dia pecah into 2 section. satu untuk ancient art, satu lagi untuk modern art. kat sekitar tu ada 2,3 museum lagi selain royal palace dengan satu park yang sangat nice nampak dr jauh tapi x sempat nak pegi. apa apa je la...yang penting, hari tu temperature jatuh 0 degrees. gile sejuk... dan gua plak x sabar2 nak balik umah!
Labels: belgium, brussels
brussels: atomium and botanical park
there are a lot of interesting lace to visit at brussels especially the museums. during my first visit to brussels, we manage to go to comic strip museum located not so far from the central station. there are a lot of displays of the comic strips and among the famous are tin tin and friends as well as asterix. and after the museum, we manage to walk to the botanical garden in the heart of the city.
gambar kat atas ni botanical garden dia. time gua datang ni kat dalam tu ada exhibition pasal gay. ada jual buku pasal gay, citer-citer gay dan sebagainya. selain tu, dalam green house dia ada pokok-pokok yang kowang bley tengok kat paya-paya belakang umah kowang tu. pokok buluh le apa le...hish! takde apa sangat la sebab winter kan, pokok2 mati.
tapi park kat luar dia lawa. ada pokok-pokok renik yang menyerupai maze yang memang gua teringin sangat nak tengok live. asek nampak dalam citer omputeh jaman dolu-dolu je kan? ha ni dapat tengok depan mata. pueh hati mak.
on the second time i went to brussels, we managed to go to atomium, or can i say the eiffel tower or brussels. if you're nearby the heysel ark you can see this giant monument from wherever position you are. it symbolized an elementary iron crystal with its 9 atoms amd has been magnified 150 billion times. nearby atomium, there is also the famous bruparck where mini europe resided.

time gua datang tempat tu tutup so tangkap gambar signboard je le. kat dalam mini europe tu ada lebih kurang 350 replika bangunan-bangunan famous kat seluruh europe ni termasuk le eifel tower, tembok berlin, big ben dan banyak lagi. semua replika-replika ni dibina dalam skala 1:25 saiz sebenar dan amat menyerupai bangunan asal hokeh?

gambar di atas adalah salah satu daripada tangga yang ada kat dalam atomium. tapi kalau naik guna tangga ni bole sampai kat benda bulat yang tengah-tengah je. takleh sampai puncak dia. kalau nak g puncak dia, perkara pertama of coz la kena beli tiket...heheh! pastu beratur ngan orang-orang ramai yang lain untuk tunggu turn naik lift. lift dia bapak la laju. tapi bukan la nak kata apa, buat megah je naik atas ni, teropong (gambar di bawah) pun tak reti nak guna. huahahahaha!!!

ni le teropong yang diperkatakan tu. ala-ala macam tablet pc tapi tah camne tah nak control. last-last main tangkap gambar je le dekat situ. orang lain nak main teropong pun bengkek je tengok orang mesia ni main tangkap-tangkap gambar kat situ tapi nak guna teropong tak reti.

ni kat bawah atomium. takde explaination yang jelas selain dari kemaruk nak amik gambar sendiri.
Labels: belgium, brussels