ghent part 2
okeh, gua nak sambung citer pasal ghent. seperti mana yang gua da cerita dalam post yang lepas, sebelum sampai ke gravensteen, kitowang menyusur tebing canal dan lorong sempit di patershol.

tempat ni tak la scenic gile macam brugge tapi pada aku aku suka.

kat tepi tebing canal ni ada banyak orang lepak-lepak. ada street artist main muzik. ada 3 orang tourists dari malaysia tengah tersengih...macam-macam!

haa... yang kat belakang jessica tu adalah fish market. kalu perati betul-betul, statue yang kat atas bangunan tu adalah neptune, the king of sea. dua lagi status kat belah kiri ngan kanan tu menggambarkan 2 batang sungai yang mengalir di ghent, the Scheldt river and the Leie river.tempat tu tutup sebab dalam proses pemuliharaan so kitowang dapat tengok luar je.
haaa...ni la gravensteen yang gua war-warkan tu.. maksud gua, bangunan blakang gua ngan jessica. gua dah cerita kan pasal gravensteen dalam previous post? so enjoy the photo dulu ok?
ada macam dalam dungeon and dragon tak?
bila nampak baju besi ni gua teringat cerita enyd blyton, siri 5 sekawan yang da ditranslate ke dalam bahasa melayu. tajuk dia misteri menara penunggu. hehe!
tengok la pedang dia...sama tinggi dengan si brenda! eh, lagi tinggi pedang dari brenda!
ni kat puncak dia...gaknye dulu dulu tempat diowang practice main sword ke ha?
ni pulak one of the manequin yang menggambarkan salah satu hukuman di zaman medieval dulu. aku rasa askar jepun ada wat benda yang sama kat tanah melayu dulu.
ni pulak gambar kitowang tengah posing atas tembok kat garden gravensteen ni.
okay, lepas gravensteen tu kami menyusur balik the previous path we took and when it comes to a junction, gua nampak papan tanda yang menunjukkan ada begijngof kat area tu. terus gua teringat begijnhof yang ada kat brugge. cari punya cari, tak jumpa so kami pun decided untuk balik. sayang betul rasanya sebab bejinhof kat sini pun antara begijnhof yang diprotect oleh unesco dan of course la scenerynya sangat cantik.
jalan nak balik ni agak jauh sebab ni first time masing-masing datang ghent. and the only guide yang ada adalah the outdated lonely planet book as well as self instinct. tanya-tanya orang, last-last sampai jugak ke st micheal bridge.
paused sekejap atas jambatan for another snappo session! x boleh nampak langsung ruang untuk tangkap gambar..ada je masing-masing nak menyengih!
after reaching the town center, we just followed our previous trail to make things less complicated and reached the station before the next train to leuven. just in time! naik-naik kat dalam train tu, takde pulak seat yang kosong. kaki da macam nak patah time tu. kalau suruh duduk atas lantai pun ada yang sanggup gamaknya.
kami pun jalan dari satu coach ke coach yang lain. dan terjumpa la satu gerabak yang ada plenty of seat. gerabak 1st class. haha! tiket yang kami beli ni hanyalah untuk 2nd class tapi masing masing wat kering je duduk. takde apa yang beza sangat cuma untuk 1st class ada disediakan drinks and maybe some snacks. seat dia pulak lebih comfy, wider dan ada hand rest kat tengah-tengah.
tak lama pastu, tukang check tiket pun datang. dia macam tau-tau je kitowang takde tiket 1st class, terus je dia wat announcement sapa takde tiket 1st class sila-sila angkat bontot dari gerabak 1st class dalam masa 2 minit kalau tak extra charge akan dikenakan. apa lagi...berkeneneng le masing-masing angkat beg. hehe!
kawan-kawan brussels stop kat midi while the rest of us meneruskan perjalanan ke leuven...
Labels: belgium, ghent
ghent part 1
adik gua bising, dia bosan tengok gua pakai jaket coklat gua dalam tiap-tiap gambar. gua buat tak tau je. sebab gua bukan orang yang suka bergaya jadi kebosanan adik gua tu tak jadi kudis pun yang gua nak risau-risau. :P
so sabtu lepas akhirnya gua dapat jugak ke ghent. and the best thing is, the trip is however not just consisted of two crazy travelers with outdated lonely planet book (like previous trips) but joined with some more friends of us! gambar kat atas ni adalah ladies in the group.
gua gerak dari leuven dengan 2 orang colleague gua yang lain, jess and brenda dalam pukul 8.30 gitu. train datang awal so after grabbed some brood from the nearby panos, we just jumped into the train. it took us almost 20 minutes to reach brussels. oh, kami kena pegi brussels dulu untuk collect our precious train tickets as well as the hotel vouchers for our up coming trip. excited gile gua bila dapat pegang bebenda tu sampai apapun orang travel agency tu cakap gua dengar tak dengar je. mana taknye beb, tempat tu memang gua nak pegi dari gua kecik-kecik dulu (tanpa influence eiffel i'm in love okeh?). and my dream almost come true.
so berbalik pada citer ghent ni. kos untuk train ticket dari brussels ke ghent adalah 8.40 euro pegi balik. masa perjalanan almost 45 minutes tapi rasa kejap je. route ketapi ke ghent ni almost the same as the route to brugge cuma brugge jauh lagi la... nama train station dia sint pieters. kalau tengok cari luar train station dia ni lawa la jugak tapi kat dalam dia banyak sangat refurbishment sampai tatau mana depan mana blakang. sori gambar tak terang sangat..baru art beb! :P
menurut statistik, ghent ni adalah bandar ketiga terpadat di belgium ni. and according to wikipedia, until the 13th century Ghent was the biggest city in Europe after Paris; it was bigger than London, Cologne or Moscow.[citation needed] Within the city walls lived up to 65,000 people. Today, the belfry and the towers of the Saint Bavo Cathedral and Saint Nicholas' Church are just a few examples of the skyline of the period. yeap, i am convinced. cuma masalahnya adalah town center ghent ni almost 2.5km from the train station. memang menggigil kaki berjalan jauh gile. actually ada tram ngan bus kalau nak mudah, tapi the experience is different if we go sightseeing by foot kan? so by foot we off.
kalau pegi kat brugge, along the way nak ke town centre tu kita akan nampak bangunan cantik-cantik je tapi berbeza plak ngan ghent ni. bangunan awal-awal tu biasa-biasa je. mungkin sebab tu ada colleague aku kata dia prefer ghent sebab town dia lebih real instead of brugge yang kita akan rasa macam berjalan dalam muzium. temperature hari tu boleh kata ok la tak sejuk tak panas. boleh berpeluh-peluh jugak la kan. mana taknye, 2.4km beb! sib baik ada fanta free. fanta yang aku suka pulak tu! best best.
da nak dekat sampai kat area korenmarkt tu aku dah nampak satu building yang cantik. rupa-rupanya, tu la the famous saint nicholas church. church ni penah terbakar dalam tahun 1120 ngan 1176 tapi dek sebab orang ghent ni sangat kaya, mereka boleh bina semula church yang lebih besar dan lebih cantik untuk menggantikan church mereka yang terbakar tu. menurut ghent official website, the style of Saint Nicholas is the so-called 'Scheldt Gothic Style'. it differs from the later Brabantine Gothic Style because of the use of the blue-gray stone from the Tournai area. benda pertama kami buat bila sampai kat town center adalah membelasah mc d. lapar gile walaupun aku da belasah chocolade muffin kat stockel. perut perlu diisi beb sebelum perjalanan diteruskan.
kat belakang mc d ni, ada jambatang yang terkenal di ghent, Saint Michael's bridge. kat tepi belah kiri jambatan ni ada St.Michael's church yang medieval sungguh architecturenya. batunya kasar-kasar, besar-besar pulak tu. dari atas jambatan ni, pemandangan 3 bangunan besar yang menjadi landmark utama bandar ghent ni menjadi lebih klasik la. macam zaman dolu-dolu except for the tram's cables. spectacular sangat!
pemandangan dari bawah saint micheal's bridge...kat tepi-tepi tu ada exhibition dan orang lepak-lepak.
dalam kepala otak aku tertanya-tanya gak, kenapa ada church yang dekat-dekat antara satu sama lain. sebab kat atas sikit je tadi ada saint nicholas pastu kat bawah jambatan tu ada saint micheal pulak.. nanti esok aku tanya bos aku.
berbalik pada walking tour kami tadi, bawah saint micheal bridge ni terletaknya graslei dan koornlei. graslei means 'street of the herbs and vegetables'. koornlei stands for 'street of the wheat'. both names indicate that these specific products where traded or stocked in that area. kat tepi-tepi canal ni ada cafe-cafe open air. tapi takde pulak sesapa ajak menyinggah. hehe! kalau tak mau je gua pekena hot chocolade secawe.
destinasi seterusnya adalah berjalan-jalan di sekitar patershol. in the middle-ages the patershol was the town-quarter of the trades and handicrafts. so bole tengok la museum of design kat situ, ada view yang mengadap canal dan kat seberang canal tu ada the old meat house. zaman dolu-dolu, butcher kat ghent ni jual hasil ternakan diowang kat situ le kutnya. tapi skang patershol ni d jadi macam mapley da..banyak eateries je kat situ.
kuar je dari lorong sempit patrehol ni..pusing kanan sket, da nampak gravensteen atau castle of the count. castle ni adalah satu-satunya yang survive sebab kebanyakan castle akan dimusnahkan bila counts depa pindah dari satu bandar ke satu bandar. nak masuk kena bayar 6.20 euro tapi sesapa bawah 26 bole dapat masuk dengan hanya 1.20 euro.
kebanyakan tempat dan facilities yang aku penah pegi atau guna memang memberi keistimewaan pada those who are 26 and below. dont ask me why tapi pada pandangan aku mungkin sebab kebanyakan tourists atau backpackers adalah youth jadi memang patutla keistimewaan tu diberi kepada kami.
yay! berbalik pada gravensteen ni, kat dalam tu ada macam-macam benda yang boleh ditengok. daripada senjata-senjata zaman dulu-dulu termasuk la baju besi, pedang-pedang, busur panah... dan tetiba gua terasa dalam citer dungeon and dragon pulak. especially bila tengok budak-budak skolah yang gaknye ada field trip ke gravensteen siap dengan baju askar zaman medieval dulu. pastu ada museum yang mempamerkan alat-alat torture zaman medieval dan stuff related to prison life zaman tu. ngeri wa cakap lu sebijik cam pameran tortura yang gua pegi kat shah alam dulu. siap ngan gilotin skali!
Labels: belgium, ghent